Ramai doktor pelatih tak mampu serap beban kerja hingga 50 jam seminggu
KUALA LUMPUR: Waktu kerja yang panjang dan bebanan tugas menyebabkan ramai doktor pelatih yang mengikuti housemanship di hospital kerajaan mengalami stres serta tekanan perasaan sehingga boleh menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pesakit dan masa depan karier mereka.Tekanan yang dihadapi juga menyebabkan ada yang berhasrat menceburi bidang kerja lain kerana tidak mampu menyerap bebanan bekerja sehingga 90 jam seminggu.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengurangkan waktu kerja doktor pelatih daripada 90 jam kepada 54 jam seminggu, bermula 1 September depan. Ia selaras dengan kajian pada 2009 yang mendapati 67.8 peratus doktor pelatih mengalami stres, dan 53 peratus berniat meninggalkan bidang itu kerana tidak tahan beban kerja dengan 30 hingga 40 peratus menyifatkan waktu dan beban kerja tinggi menyebabkan tiada ruang untuk bersosial dan rekreasi.