Salam kawan2 sumer.. ni 1st time post entry ni.. saje nak share ngn kawan2 ada terbaca artikel ni.. azi rasa best n nak jadi mcm cite ni.. hope kawan2 dpt manfaat gak dari cite ni k =)
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW. "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga." Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan si isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya. InsyaAllah.. (kan maryam? ;p)
Renung2kan.. dan selamat beramal!! =)
Biostatistics Workshop using R #1/2021
3 years ago
6 comments:
Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Alhamdulillah..=) Tp... sapakah "dia" gerangannya wahai admin?? hehe
Alhamdulillah..
=)
sapekah beliau?
she had tried her really best.. redhailah dia..
^-^
uhuks
hmmm..mcm mane kalau sebaliknye agaknye?? mcm tak aci je. Redhonya isteri kat mane pulak?
errrkkk.. x ditujukan kat sape2.. just copy paste balik jer..
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch