LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.
Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan.
Ia ditimbulkan dalam blog pengendali keselamatan F- Secure yang memberi contoh soalan 'Bila Hari Jadi Ibu', 'Nama Ayah' atau 'Nama Guru' berkemungkinan tidak relevan untuk digunakan dalam laman web sosial sebagai pengganti kata laluan.
Facebook mengandungi kawalan peribadi yang baik kerana menghadkan maklumat daripada disalurkan kepada pengguna lain namun sebaliknya jika ia mahu mengenalpasti pemilik akaun sebenar.
Menurut blog itu, mengemukakan soalan berdasarkan maklumat sosial mungkin tidak sesuai digunakan di laman web sosial memandangkan penggunanya tergolong dari kalangan rakan dan mereka pasti tahu jawapan terbabit.
"Facebook patut menyemak semula perkara ini," kata blog itu.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20090520084113/Article/index_html
admin : pendapat aku, xde benda yang selamat kat internet nie..cuma kena pandailah jaga..mmg byk method & tool utk curi data nie..boleh kata hari2 akan ada bugs baru..
so, sape2 yg nak elak tu blh jer google tutorial..byk forum2 yang bincang isu keselamatan internet nie..
Biostatistics Workshop using R #1/2021
3 years ago
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch