#1
A lot.
#2
Dr. KMK did not actually do any teaching for us last Friday during his clinic. But amazingly, we learned A LOT from him. How come eh? Inilah yg dinamakan Dakwah bil hal. Dakwah dgn perbuatan, dgn akhlaq yg baik. Ia jauh lebih memberikan kesan berbanding kata-kata semata. Sebab tu sbg Dr nanti, akhlaq kita, tutur kata kita, cara kita bawak diri, cara kita berkomunikasi dgn org lain, dgn colleague kita, dgn staff nurse, dgn patient sendiri, yang tua dan yang muda, yang miskin dan yang berada.. kalau kita buat semuanya dgn akhlaq Islami, berpandukan Kitab Suci dan Sunnah Nabi, semuanya akan menjadi teladan yg baik utk dicontohi..
Dan "Bila seseorang menerima hidayah dari Allah SWT disebabkan kamu, nescaya hal itu lebih baik dari unta yang berwarna merah,” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW menyebut unta merah, sebab unta merah adalah unta yang paling baik masa tu. Mungkin mcm ferrari merah la kot skrg ni. I dunno lah keta-keta ni.
#3
Mak patient yg colour blind tu ckp, “I know it can’t be rectified, I know it can’t be cured. But is there any way he could be helped? Any sort of enhancement or something?”
Silence. Utk seketika.
“Not at the moment, unfortunately”, Dr KMK jawab dgn penuh rasa empati, dgn nada suara yg berbau simpati. Dengan body language dan gaya tangan yg seolah turut sama mengerti. Tp kemudian disusuli pula dgn sesi motivasi. Yg sungguh menyentuh hati. Sehinggakan patient yg pd mulanya slightly depressed, (or rather his mom yg seemed more worried), akhirnya keluar dari bilik consultation dgn senyuman yg terukir di bibir.
They did not find any solution for the chief complaint of colour blindness. Nor did they gain any therapy that could correct this particular genetic defect. But what they received was a ‘therapy’ far more precious. The smile on their faces emerged as if their problem has been solved, as if the defect has been cured. Suatu kepuasan yg luar biasa setelah menerima kata-kata nasihat dan pemberi semangat dari seorang Dr. Kata-kata nasihat yg lahir dari pandangan positif seorang hamba Allah yg sentiasa husnuzzon dgn Tuhannya.
#4
Kadang-kadang juga, kita asyik je duk tengok org ni lebih kat sini, org tu pulak kelebihan dia mcm tu. Tp diri kita sendiri dilihat penuh kekurangan. Serba-serbi tak kena. Tapi kita lupa, Allah itu Maha Adil dan Saksama. Pastinya setiap insan akan punyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kelebihan yg sudah tentu akan dipersoalkan kembali nanti, bagaimana ia digunakan dlm menunaikan hak Allah. Mungkin org ni kelebihan dia lukis kartun, mungkin org tu pulak kelebihan dia menulis. Org ni pandai masak. Org tu pulak pandai hias rumah. Org ni terer ingat Anatomy, org tu pulak hebat dlm Pharmaco. Org ni kalau exam medic mesti distinction, tp org tu pulak cepat hafaz ayat2 al-qur’an. Org ni maybe colour blind, tp VA 6/6 both eyes. Org tu pulak, walaupun tak colour blind tp VA 6/60. Sebagai contoh la.
Bila kita gagal utk melihat kelebihan diri kita sendiri, maka kita juga pasti akan gagal utk mensyukuri apa yang Allah bagi pd kita. Sebab kita tak mampu nak menilai nikmat pemberianNya.
But beware, in recognizing the gifts Allah has bestowed upon us, let it be just enough to make us count our blessings, and channel it to gain Allah’s pleasure, not too much of acknowledgement to let riya’ appear.
#5
Bagaimana sabarnya ibu bapa menjaga kita sejak kecil suatu ketika, begitu jualah sepatutnya kita layan mereka bila mereka sudah tua, bila dah ada cataract kat dua-dua belah mata, bila kaki mula menggigil2 kerana osteoarthritis kat lutut sini sana, bila jalan sgt lambat sebab cepat letih dan susah nak nyawa… Sebagaimana mereka mencuci dan menyalin lampin masa umur kita setahun dua, mampukah kita nanti melakukan perkara yang sama utk mereka?
Biostatistics Workshop using R #1/2021
3 years ago
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch