Suatu hari yang tenang, di dalam bilik tutorial Radiology…
“Ko gi semayang Jumaat nanti khusyu’ tau, jangan tido”, kata A.
“Tengoklah nanti, KALAU aku pegi”, kata B, sambil tersenyum.
Aku tahu, B hanya bergurau.
“Ish, ada ke cakap mcm tu”, komen A.
Kemudian seorang sahabat lagi, C berkata, “Ala, boleh kira dengan jari berapa kerat yang pegi semayang Jumaat ni. Kalau nak kira yg tak pegi, memang tak cukup jari”
Aku buat selamba, biarpun hakikat ini begitu perit utk kutelan.
“Yelah, ada org kalau minggu ni dah pegi, minggu depan tak pergi. Kan tiga kali baru kira munafiq”, jawab A pula.
Air liur yg kutelan terasa semakin kelat dan pahit. Benarkah apa yg kudengar ini? Sukar nak percaya. Mungkin aku terlalu kerap berada dlm kepompongku sendiri menyebabkan aku jahil realiti sebenar yg berlaku di sekelilingku.
Kalau betul apa yg C katakan, mungkin aku mengundang kebencian bila mengepost artikel ini di sini. Tak mengapa, aku sudah bersedia. Tapi, betul ke mcm ni? Betul ke apa yg C cakap?
***
Sahabat semua, artikel ini bukan sengaja dipost utk mengaibkan sesiapa, jauh sekali utk menyalahkan apatah lagi menghukum. Saya juga tak pasti apakah yang dikatakan oleh 'C' itu benar. Tapi, anggaplah ini sebagai refleksi diri, dan peringatan utk semua especially diri sendiri yg penuh dosa.
Mungkin, ada yang meremehkan perkara wajib yang Allah syariatkan. Kadangkala saya sendiri sebagai manusia biasa, seakan terlupa hakikat diri yang hanya merupakan seorang hamba, hamba yang sudah pastinya terikat dgn perintah Tuannya.
Kadang-kadang, ada dosa besar yang dihapuskan oleh taubat hakiki kpd Allah, tapi, ada juga dosa kecil yg menjadi besar sbb dikerjakan terus-menerus dan dipandang remeh oleh pelakunya.
Memang takda manusia yang maksum selain Rasulullah SAW. Ulama’, abid, hatta sahabat Rasulullah SAW yang hidup sezaman dgnnya juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tapi... mcmana agaknya sikap mereka ni terhadap dosa mereka?
Abu Dzar contohnya, bila dia panggil Bilal bin Rabah dengan panggilan “Hai anak hitam!”, lantas Rasulullah SAW bersabda,“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya dalam dirimu masih terdapat jahiliyah”
Apa yang Abu Dzar buat? Dia terus letakkan kepalanya atas tanah, dan suruh Bilal pijak kepalanya sebagai balasan. Betapa takutnya dia, akan dosa dan kesilapan yang dia lakukan, walaupun dia adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang mendapat didikan direct dari baginda.
Ada jugak kisah seorang alim yang saya terbaca, dia selalu bawak lilin ke mana-mana. Bila terasa macam nak buat dosa, dia akan nyalakan lilin tu, pastu letak jarinya kat atas api lilin. Bila panasnya tak tertahan, kulitnya hampir terbakar, dia tarik semula jarinya, lantas berkata,
“ Wahai diri, jika engkau tak mampu menahan bahangnya api dunia ini, maka janganlah bermimpi kau mampu bertahan dengan siksa neraka nanti…”
Allahu a’lam kisah ini, tapi just nak share interaksi mereka dengan dosa. Dan bagaimana dgn kita... Apakah kita menganggap dosa yg dilakukan sebagai gunung besar yang akan menghempap kita, atau hanya ibarat lalat yg hinggap sebentar di hidung, lalu ditepisnya lalat itu… (spt yg dinyatakan dlm Hadith Riwayat Bukhari)
Walau apapun, janganlah dilihat kecilnya dosa yang kita lakukan. Tapi, lihatlah kepada SIAPA kita bermaksiat.
“Wahai hamba-hambaKu, sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang Aku berikan hidayah kepadanya. Maka mintalah hidayah dariKu, pasti Aku berikan hidayah itu kepadamu…
Wahai hamba-hambaKu, sekalian kamu lapar kecuali siapa yang Aku telah beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan dariKu, pasti akan Aku berikan makanan padamu.
Wahai hamba-hambaKu, sekalian kamu telanjang kecuali siapa yang Aku berikan pakaian kepadanya. Maka mintalah pakaian dariKu, tentu Aku akan memakaikan untuk kamu…
Wahai hamba-hambaKu, sekalian kamu melakukan dosa malam dan siang, dan Aku mengampun segala dosa. Maka mintalah keampunan kepadaKu, tentu Aku ampunkan bagimu”
(Petikan dari Hadith Qudsi Riwayat Muslim. Nak baca hadith penuh boleh search kat internet atau lihat Sahih Muslim atau syarah Hadith 40 Imam Nawawi)
Biostatistics Workshop using R #1/2021
3 years ago
7 comments:
a good reminder indeed. thanks hana :)
bilik radiology? jumaat?
A,B & C tu bukan dari kami berempat kan hana?
Admin jgn risau eh. Admin adalah watak D, takda dlm kisah di atas. Admin dah keluar masa tu...
alhamdulillah..lega2..
haaa..cuak admin. haha
i remember this incident... hehe.. really guys, it's happening around us. but i know B was imitating watak org yg tak pegi solat jumaat... :)
dikale pening2 aku bace artikel nih...aku tgh recall blk this insiden tp cam xpenah dgr je this conversation
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch