Pagi yg cerah itu… Mentari bersinar cemerlang sekali, aktif mengconvert 7-dehydrocholesterol kepada Vitamin D3 di kulit-kulit kami semua. Unexpectedly respondant datang lebih awal dari yg dijadualkan. Walaupun pendaftaran sepatutnya bermula jam 8.30am, tapi mereka hadir seawal jam 7 lebih, ketika kami semua masih sibuk membanting tulang mengemas dan setting up tempat. Barangkali kerana ingin mengelak kesesakan yg biasa mereka hadapi di klinik-klinik kerajaan. Tapi kehadiran mereka kami entertain sebaik yg termampu. Jadi kami memulakan checkup, blood taking dan consultation lebih awal dari yg sepatutnya. Manusia merancang, namun kerdilnya perancangan kita dibanding dgn rencana Yang Maha Kuasa…
Di saat lidahku lancar berbicara menconsult respondant pagi itu, aku menjeling ke tepi, dan kulihat respondant semakin ramai dari saat ke saat… Mereka menunggu sambil mengesat titik-titik keringat, yg membasahi wajah nan letih dan penat... Mereka menunggu penuh setia di tempat yg kecil itu, tempat yg bagiku layak dijadikan stor, namun itulah tempat kami consult mereka. Sehingga suatu tahap, kerusi untuk menunggu tidak mencukupi, hingga ada yg terpaksa berdiri. Berdiri di kawasan sempit yg panas, dalam keadaan masih berpuasa dari jam 12tgh malam hari sebelumnya!
Bagaimana mungkin aku sampai hati membiarkan mereka menunggu seperti itu?
Maka ketika itulah, aku merasakan sesuatu… Suatu perasaan yg selama ini cukup kubenci dan kutentang sepenuh hati. Bahkan jika ada Dr yg berfikiran begini, aku mmg tidak pernah menyetujui. Namun tidak pernah aku bermimpi, aku akan turut merasainya, dan ia berlaku pertama kali di sini, di Intervention Day bersama penduduk Kg. Sri Damai. Apakah perasaan itu???
To be continued…
1 comments:
huhu..saspen2..sila teruskan..
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch