Seperti biasa, di akhir-akhir posting, biasanya medical students bertungkus lumus memenuhkan logbook i.e. mengambil darah, memasang branula, memasang CBD, etc. Lebih-lebih lagi bila FNAC tak berkesempatan nak tengok, scope pun sikit, jadi kenalah compensate dengan blood-related procedure ni.
Bagi yang jujur dan yakin setiap perkara akan dipertanggungjawabkan, mereka akan berusaha mencari procedure sendiri sehingga stay sampai malam atau weekends. Tapi bagi yang kurang peduli apa yang bakal dijawab di depan Allah esok, mereka akan menipu dengan pelbagai cara, termasuk meminta H.O. sign ‘blank cheque’ agar dia boleh isikan procedure yang sebenarnya tidak ia lakukan.
Beberapa hari terakhir posting surgeryku, aku meng-hunting procedure sampai ke wad IM. Jam menunjukkan pukul 6.40pm. Seorang H.O. sedang bertugas dan agak teruja mempersilakan aku membantunya mengambil blood C&S, FBC, VBG etc. Selesai habis procedure, aku kembali ke kaunter utk mendapatkan sign H.O. tersebut. Dengan mask yang masih melekat di muka, tiba-tiba dia bertanya kepada staff nurse di sebelahnya,
“Eh, kat wad ni boleh solat tak? Aku tak solat Asar lagi ah”
Aku melihat jam sambil berpandangan dengan temanku. 7.00pm. Tak solat Asar lagi?
Aku pun dengan rela hati menawarkan “Dr, saya boleh hantarkan specimen STAT ni semua. Saya boleh tunggu kat bawah, Dr tak solat lagi kan,”
“Oh, baiknya ko. OK, FBC ni semua takyah tunggu, ko tunggu VBG je. Thanx eh”
Aku pun bergegas ke bawah utk hantar specimen. Jam sudah pukul 7.15pm. Syukur golongan wanita Allah kurniakan MC setiap bulan, jadi aku tak risau pasal solat maghrib waktu tu. Sedang aku menunggu di lab, tiba-tiba muncul kelibat H.O. tadi, dengan cemasnya panggil lab assistant,
“Kak, boleh tolong trace tak result patient ni? Potassium dia high, 8.2 ni. Tolong checkkan balik boleh?”
Aku melihat jam. 7.20pm. Eh Dr ni dah solat Asar ke? Aku cuba berbaik sangka, mungkin tadi dia dah solat kejap sementara aku turun dan tunggu result patient. Tapi... alahai, masknya masih melekat di muka...
Aku cuba bayangkan. Nanti H.O., takkanlah takda masa langsung sampai solat 5-10 minit pun tak sempat? Seorang temanku, H.O. di Hospital Serdang nasihatkan, “Jadi H.O. ni kena selalu berwudhu’”
Rasanya bolehlah disimpulkan, hendak seribu daya... mungkin ada masa-masa emergency yang betul2 tak sempat, e.g. kalau kita tinggalkan patient utk pegi solat, patient boleh mati... Tapi itu mungkin situasi terpencil, kenalah jama’ maybe. Tapi kalau kebiasaannya, kitalah yang kena pandai curi masa. Kita kan tak tahu bila emergency tu akan terjadi, mcm tadi, tetiba potassium patient high pulak, jadi kalau ada masa yang ‘tak emergency sangat’, cepat-cepatlah tunaikan solat... Kalau dari awal dah ‘lenient’, tak set pun dalam mind masa utk solat walaupun 5 minit, kononnya sbb “Aku kan H.O., akulah yang paling sibuk dalam dunia”, jadi dengan mindsetting mcm ni, mungkin mudahlah utk seseorang tu tinggalkan solatnya...
Na’uzhubillah, semoga Allah pelihara kita... semoga kita semua menjadi hamba-hamba yang sentiasa cuba utk taat dalam menunaikan hak Tuannya, dalam situasi apapun jua...
18 comments:
jangan terlalu cepat menghukum.. teringat pesan Dr. Samsul, sentiasa berusaha menjaga solat ketika housemanship kerana ia memang sangat sukar untuk dijaga.. dan realitinya memang begitu.. tunggulah bila anda menjadi houseman, kelak anda tahu bagaimana sukarnya menjaga solat.. jangan terlalu cepat menghukum..
Assalamua'laikum.. :)
Bagi saya, penulis artikel tidaklah berniat menghukum sesiapa sebaliknya hanya cuba memberikan tazkirah menurut kemampuannya saja.
Sebab, memang ijma' para ulama' bahawa dosa besar jika meninggalkan solat fardhu. Penting untuk hal ini dinyatakan. Jika ketika bertungkus-lumus di medan perang pun wajib menunaikan solat apatah lagi ketika kerja di hospital.
Mungkinlah, saya tidak nafikan ada ayat beliau nampak 'terkeras', tapi beliau pun hanya manusia biasa, boleh terlanjur kata sepertimana saya dan kita semua. Kita cuba lebih bersangka baik.
Yang penting, insyaAllah, kita cuba ingatkan diri kita tentang mesej utama beliau iaitu pentingnya menjaga solat fardhu dalam apa jua keadaan. Saya ingatkan dan cuba betulkan diri saya sebelum orang lain.
Wallahu a'lam.
to learn that some people (or person) who know they are doing the exact opposite of what they stand for and still act piously really make me sick. even the most obvious statement fail to wake them up. i guess they are just too in love with the idea that they are the most well-behaved creature on earth that they cannot let it go. the time will come and once you go down, you go down hard baby.
That's a good sharp reminder from "Anonymous".
Anyway, it's wajib to think positively about others (49:12) and refrain oneself from unproven accusations (17:36).
Human errs and the best of them are those who repent. Indeed Allah really love these folks (2:222), although humans may hate them.
My 5 cents.
Wassalam
hurm, thinking of people or person who knew they are doing the exact opposite of what they stand for and inside out feeling gutted about themselves.. felt sick and miserable and obviously waking up 24/7 knowing how not pious they are, not even close to it but everyday praying hard trying to be the best they can be as servant of Allah.. well, it's not my place to judge every single person on this earth.. i always welcome tazkirah, peringatan itu perlu.. tapi harus disampaikan dengan hikmah.. dengan tidak ada sekelumit pun dalam hati yang kita ini lebih baik dari dia..
"i always welcome tazkirah, peringatan itu perlu.. tapi harus disampaikan dengan hikmah.."
...spt ini:
"even the most obvious statement fail to wake them up. i guess they are just too in love with the idea that they are the most well-behaved creature on earth that they cannot let it go. the time will come and once you go down, you go down hard baby."
hikmah...
Oh, tak sangka rupanya artikelku ini dah mencetus kontroversi. mohon maaf sgt, andai ada yang terasa. benar kuakui, bicaraku terkasar, bahasaku tersasar, hingga barangkali ada hati yang tercalar, maka akupun tersedar...
Tiada niat utk menghukum, jauh sekali merasa diri ini lebih baik... fuh, terlalu banyak sekali dosa yang ditanggung, rasanya tak layak langsung... Malah, H.O. yang kuceritakan ini, aku sendiri mengatakan pada sahabatku bahawa aku kagum terhadapnya, dalam kekalutan dia masih ingat utk solat... subhanallah, moga kita juga begitu nanti.
Sebenarnya tujuan tulis pasal ni, supaya kita semua akan ingat dan bila dah H.O. nanti (dan bila-bila pun) kita usaha sedaya upaya utk jaga hak Allah, insyaAllah...
Alhamdulillah, kudapat teguran berharga dari komen kalian semua.. insyaAllah akan kucuba perbaiki lagi dari masa ke semasa... =) TQVM!
Ok je article ni.
Bukti? Klau nk ikut 'Like' kt bwh tu ada 6-7 org yg 'Like' (trmasuk sorang 'foreign' visitor).
Tu tak kira lg yg like tapi x tekan button.
setuju.ok je article ni..anonymous..cube try sampaikan or wat cite cam author ni wat..ataupun lebih baik..u will knw how hard it is tuk sampaikan dgn berhikmah dalam berdakwah..amanah utk berdakwah mmg sangat susah..sampaikan nabi2 kita pun mmg diseksa kejam2 walaupun diorang dah try yang terbaik..takpelah..keep it up hana, i sokong u :)and anonymous..tqvm..mungkin perlu berhikmah gak u nak tegur author ni..tlg watkan contoh article yang berhikmah leh, trigin plak i nak tgk u buat..huhu...
anonymous, adakah u tengah cakap ngan diri sendiri?
eh.. 'kita'.. Haha...
p/s:
Jom guna nama masing2..
typical org berdakwah, selalu merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain
tu tak kira lagi yg unlike tapi tak tekan button
Kalau betul "dislike" sila nyatakan siapa anda. Tak perlu berselindung di sebalik nama Anonymous. Baru la orang tau siapa, berapa ramai yang unlike.
btw, khas kepada Zuhairi n Hana (kalau ada yg tak berkaitan 'terbaca', nak minta maaf awal2 kalau terasa):
Ada sekelompok manusia mahu para da'ie maksum.
Silap sikit maka dikatakan: "Eleh, kau tu cakap tak serupa bikin".
. . .. .pada masa sama, apabila da'ie2 ni cuba 'bikin serupa cakap', ada sekelompok manusia pula berkata:
"Tengok tu, menunjuk2 rasa baik dari manusia lain, riak, takabbur e.t.c".
Nak puaskan hati manusia keseluruhannya memang mustahil.
Berdakwahlah kerana Allah, dan bukannya atas dorongan redha manusia.
dear anonymous yg against author..aah,mungkin u r right, typical orang berdakwah merasakan diri mereka lebih baik if that is always what u see..ppl around u...so sad to hear that...em.takpe la,u can say whatever u want..and alhamdulillah for ur comments...really appreciate and thanks a lot..let leave it to Allah and let Him judge all of us then..perhaps u r the best among us to help us spread His words..help Islam again,anonymous..we need ppl like you..=) cane agaknye ye tak nak bagi orang rase orang berdakwah tu riak? =)
Rasenye, anonymous 1120 nk ckp yg si "pious" ni suke nasihat org tp die xleh terime bile org lain tegur kesalahan die
haha best2 semua komen2 di atas...boleh nampak semua sebenarnya tension sebab pro dah dekat...insyaAllah boleh...berusaha!
setuju ngan sheth...
dah2...amek yg jernih buang yg keruh...tak pyh nk kecoh2....pro dah dkat ni..blaja2! (jepa - malas sign in)
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch