Dengan NamaMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMU, maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya... Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkan jalanMu yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini...~ amin..
semoga Allah bersama kita & umat islam..
berkumpul kita kerana Allah,berpisah jua kerana Allah....moga ukhwah kita kukuh seteguh tembok yang kukuh...doakan kejayaan semua..harapnye..ukhwah sesame kite bagai satu nyawa...maaf ye salah silap...tinggal beberape hari je nak bersame2..kite saling memerlukan utk berjaya..insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch