NILAI 30 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan upacara pecah tanah bandaraya perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Bandar Enstek, dekat sini esok.
Penolong Pengarah Pejabat Perhubungan Awam IIUM Ahmad Md Redzuan berkata bandaraya seluas 528 ekar itu akan menempatkan sebuah universiti, hospital, pusat penyelidikan kesihatan perubatan, kompleks perubatan, pusat komersial, pusat konvensyen, hotel dan asrama pelajar mengikut model inisiatif kewangan swasta.
“Projek perubatan IIUM ini merupakan peluang gemilang bagi kulliyyah perubatan dan IIUM mengembangkan lagi perkhidmatan universiti dalam konteks internationalisasi,” katanya dalam kenyataan yang difaks ke Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata latihan lepasan siswazah dalam bidang kejururawatan, farmasi, pergigian dan sains kesihatan gabungan akan juga ditawarkan sebaik saja prasaran sesuai siap.
Bandar Enstek adalah usaha sama antara TH Properties Sdn Bhd, anak syarikat Tabung Haji, dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).
Bandaraya bersepadu ini menampilkan siri pembangunan luas perusahaan, komersial, kediaman dan institusi serta prasarana dan fasiliti moden.
Bila siap pada 2025, Bandar Enstek akan mencapai nilai pembangunan kasar dianggarkan hampir RM9.2 bilion.
— Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm
6 comments:
pelik tul cara uia bazir duit. abs tu kamous kuantan yg wat mcm2 building ni nk watpe? masalah hostel student pun tak solve lg!!!
tu r pasal..bile dah siap bandaraya tu nnt..kuantan nie jd ape lak eh?
ntahnye.. rs cam kuantan lg ok kot.. sesak sgt la kt sn..
betul2..rugi je wat kt sana...agak2nya nak ke specialist uia tu pindah nilai..confirm xnak punya...brg2 uia kt htaa tu nak angkut ke nilai la...buruk siku tul kalu camtu
laa korg ni mcm tatau lg
sah2 la ni utk projek kroni anak bini.. janji duit masyuuuuk
tu dia mada menyebarkn agenda2 die. skali kalau yg buat projek ni jujur, sia2 je kne msk nerake sbb fitnah.
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch