Untuk pengetahuan anda semua, mesyuarat pertama AGD utk batch kita telah berjaya diadakan pada hari rabu minggu lepas, 28 july 2010, bersamaan dengan 16 syaaban 1431...
Alhamdulillah, mereka-mereka yang telah dijemput telah dapat menghadirkan diri...Jutaan terima kasih diucapkan..
Diantara agenda-agenda yang dibincangkan adalah menubuhkan badan komiti utama AGD, pembahagian tugas dan perbincangan yang berkaitan dengan AGD dan year book.
berikut adalah Main board yang telah berjaya ditubuhkan:
Advisor/ Penaung: Dr Azura Shareena (yeay!! ;))
Program manager (PM) : Hielmi aka cimee
Asst. PM 1: Puteri aka Put
Asst. PM 2: Bro 3rd year (to be confirmed)
secretary 1: Najwa Abidah
secretary 2: Sis 3rd year (to be confirmed)
Treasurer: Siti Rohani
Prog. coordinator: Fendi & Chepon
Special task: Akram, Rodhi, Lihin
Prep & Tech: Zaki, Faisal Amir, Mama Wani
Year book: Awis & Azlina aka AJ
Performance: Ajmal, Seth, Hamzah
Sponsorship: Azfar aka Jepa, Fatin Nabilah
Invitation: Wani Sanusi, Azimah aka Azi
tentang AGD pula...butir-butirnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 3 Jun 2011
Hari: Jumaat
Waktu: 8.00pm-11.00pm
Tempat: masih dalam perbincangan...antara pilihan-pilihannya adalah:
- MS Garden
- hyatt regency TC
- Swiss Garden
- Vistana
- Grand Continental
- Sultan Ahmad Shah Conventional Centre (yg kt depan ECM tu tapi blum siap lagi...huhu)
Untuk pengetahuan semua, bidang kerja komiti AGD adalah tidak hanya tertumpu untuk majlis pada malam AGD sahaja tetapi ia meliputi pembikinan yearbook, cenderahati untuk batch (tali leher,vest,cop HO,stiker kereta,etc) dan juga perkara-perkara yang berkaitan. Jangan risau, menjadi komiti AGD tidak bermaksud anda perlu "bekerja" pada malam AGD tersebut...tugas komiti AGD adalah lebih kepada persediaan dan perancangan. Agenda pada malam tersebut akan diuruskan/dijalankan (di"run"kan) oleh adik-adik 3rd year dan 1st year yang bakal dilantik nanti.
Seperti semua sudah sedia maklum, kita telah membayar RM150/sorg dan duit inilah yang akan digunakan sebaik mungkin untuk perkara-perkara yang telah disebutkan tadi..dan kepada sesiapa yang masih belum menjelaskan bayaran, sila lakukan secepat mungkin ya untuk memudahkan pengurusan pihak kewangan..;)
Insya Allah, blog khusus untuk AGD + Yearbook akan diwujudkan bagi memudahkan urusan-urusan perbincangan dan komunikasi sesama kita.
Sampai disini sahaja pemberitahuan untuk kali ini. Sebarang maklumat tambahan akan diberitahu kemudian...
p/s: peringatan untuk komiti, mesyuarat ke-2 akan diadakan pada 25 Ogos 2010, hari Rabu. Sila hadirkan diri bersama pelan komiti masing-masing serta draft budget komiti anda...;))
sekian terima kasih.
"semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...amin...selamat beribadat kawan-kawan"
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch