Dari Abu Umamah radiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku menjamin sebuah tempat tinggal di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun dia benar, dan tempat tinggal di tengah syurga bagi mereka yang meninggalkan bohong walaupun hanya sekadar melucu, dan sebuah tempat tinggal di syurga yang tinggi bagi mereka yang memperbaiki akhlaknya. (H.R. Abu Daud)
Dari Huzaifah radiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu melihat-lihat orang di sekeliling dengan mengatakan " jika orang lain berbuat baik dengan kamu, maka kamu akan memperlakukan mereka dengan baik dan jika mereka berlaku buruk kepada kamu, kamu juga akan berlaku buruk kepada mereka", tetapi tegaskanlah dirimu untuk melakukan yang baik jikalau orang berlaku baik dan tidak berlaku buruk walaupun mereka berlaku buruk terhadapmu. (H.R. Tirmizi)
Dari Abu Hurairah radiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang boleh melihat sehelai sampah yang kecil di mata saudaranya, tetapi tahi mata yang ada di matanya sendiri tidak nampak. (H.R. Ibnu Hibban)
Dari Abu Darda radiallahu'anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Mahukah daku khabarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada puasa, sembahyang, dan sedekah? Para sahabat radiallahu'anhum berkata: Bahkan ya Rasulullah! Baginda SAW bersabda: Bersatu (hati) adalah lebih baik kerana perselisihan dan perbalahan akan menghapuskan agama. (H.R. Tirmizi)
Semoga Allah SWT bagi kita kefahaman, taufik hidayah untuk kita amal dan sampaikan. Ameen.
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch