Suatu ketika dahulu... Ketika dirinya masih ‘insan kerdil’ bergelar H.O....
“I’m sorry doctor, I promise I will do better,” dgn suara yang sedikit terketar, dia yang sedang tagging dan baru ditengking ketika wardround hanya mampu meminta maaf.
“Staff nurse, boleh tak tolong saya ambilkan tu? Thank you staff nurse,” penuh rendah diri, dia meminta tolong SN.
“Student, nak ambik darah tak?” penuh sopan dia bertanya medical student yang berkeliaran tanpa kerja di wad.
Tiba-tiba, bagaikan ribut melanda, tanpa sesiapa menyangka... Bila dia mula bergelar M.O...
“Hoi! Kau ni bodoh ke apa! Aku suruh lain, kau buat lain. Kau ni grad mana hah?,” dia mulai meninggi suara terhadap H.O. baru di wadnya.
“You, student, get out!,” bukan H.O. je yang jadi mangsa, malah medical student juga diherdiknya.
“WOI! BUAT BETUL-BETUL LAA!!!! Kalau patient ni collapse siapa nak bertanggungjawab HAH?” Aduh, semakin menjadi-jadi. Suaranya semakin mudah meninggi.
Sehingga semua staff menjadi hairan, kenapa boleh seorang Dr yang begitu humble dulu ketika masih H.O., boleh berubah menjadi begini sekali??? Hanya kerana sebuah huruf, H.O. berubah kepada M.O.???
0 comments:
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch