Salam Takziah buat sahabat kami, Hadzri.
Kami memohon pada Allah, agar Hadzri bersabar dalam menghadapi segala ujian dari Allah. Dan sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:
ุฅَّูููุง َِِّูููููู َู ุฅَّููููุข ุฅَِْููููู ุฑَุงุฌِูุนَُููู
ุงَُّููููููู ّ ุฃุฌُูุฑِْููู ِููู ู ُูุตِْูููุจَูุชِูู َูุฃุฎِْْูููู ِููู ุฎَْูููุฑًุง ู َِّْููููููุง
(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya), melainkan Allah Swt. pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya.”
Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata, “Ketika Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw.”
(HR Muslim)
Di sebalik ucapan takziah, tahniah juga buat Hadzri kerana terpilih oleh Allah utk menerima ujian berat ini, yg mungkin tak mampu dihadapi oleh kami yg lain.. sayangnya Allah pada Hadzri dan keluarga Hadzri, hingga Dia menitipkan ujian ini untuk menambah iman kalian, insyaALLAH...
"Sesiapa yang Allah inginkan padanya sesuatu kebaikan, (Allah) akan mengujinya" (Hadis sahih riwayat al-Bukhari)
Dan semakin berat ujian seseorang, itu sebenarnya merupakan reflection kpd tahap keimanannya. Buktinya, para Nabi diuji dgn tahap ujian paling berat.. kemudian, ujian yg berat juga diberikan kpd para sahabat, tabi'in, dan umat Islam seterusnya mengikut tahap keimanan masing2 yg bertingkat-tingkat..
"Manusia yg paling besar ujiannya adalah para anbiya' kemudian golongan yg sama imannya seperti para anbiya'. Seseorang itu diduga berdasarkan pegangan agamanya. jika dia berpegang kuat pada agamanya maka akan ditambah lagi dugaannya. jika pegangan agamanya lemah atau sederhana maka dia diuji bergantung kpd pegangan agamanya itu"
(Hadith sahih riwayat Ahmad, Bukhari, an-Nasaie dan Ibn Majah)
'A'ishah juga pernah berkata,
"Sesungguhnya aku belum pernah menyaksikan seseorang (menderita) kesakitan yang lebih parah dari apa yang dideritai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam." (Hadis sahih riwayat al-Bukhari)
Akhir sekali sahabat sekalian, semoga kita semua beringat,
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (Hadith sahih riwayat Muslim dlm an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
Moga Hadzri dan kita semua sentiasa menjadi anak yg soleh...
Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,"Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku, melainkan orang itu akan mendapat balasan SYURGA." (Hadis riwayat Bukhari).
2 comments:
jzkk hana, this serve as a reminder for the rest of us too. semoga semua kita tergolong dalam orang2 yang redha
btw, his name not hadzri..it's hazri, without d.
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch