Pada mulanya saya teleh menelefon pihak JPA untuk menanyakan status biasiswa kami. mereka memberitahu yang pihak UIAM tidak memaklumkan mengenai tarikh bermulanya semester2 2010/2011. Mereka menjawab sekiranya dapat maklum balas daripada UIAM maka mereka akan segera membuat pembayaran. Lantas saya berjumpa dengan En Mohd Noor pegawai di OSC. Ini serba sedikit maklumat yang saya dapat selepas berbincang dengan pegawai OSC UIAM kampus Kuantan.
Buat masa sekarang terdapat beberapa masalah yang timbul antaranya hujung tahun JPA perlu mengemaskini akaun mereka dan ada juga beberapa pegawai mereka yang bercuti sempena cuti sekolah maka disebabkan itu proses pemberian biasiswa sedikit lewat. Pada mulanya JPA akan membayar elaun kita pada tahun hadapan paling lewat pun hujung bulan 1. Tapi setelah dirayu maka JPA bersetuju untuk memberikan elaun kepada kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian selewatnya pada hujung tahun 2010. Bagi lain2 jurusan mereka akan mendapat elaun mereka pada bulan 1 2011. Buat masa sekarang pihak JPA telah pun menghantar senarai nama penerima biasiswa JPA untuk di kemaskinikan data mereka oleh UIAM Gombak. Mereka meminta pihak universiti mengemaskini status penerima JPA samada masih meneruskan pelajaran, bercuti sakit, dan sebagainya. Pihak JPA juga ingin kemaskini keputusan peperiksaan semua penerima biasiswa JPA. Sekarang proses tersebut berada pada peringkat akhir dan kesemua data akan dihantar kepada JPA selewat-lewatnya pada hari Rabu 22/12/2010. Dan selepas itu barulah pihak JPA akan membuat pembayaran elaun secepat mungkin.
Jadi diharapkan kita dapat sama-sama berdoa agar segala urusan pihak JPA dapat dipermudahkan oleh ALLAH. Semuanya ketentuan ALLAH. Kita hanya merancang ALLAH tentukan. Pengajaran disini, pandai-pandailah kita membuat budget or perancangan perbelanjaan. Pastikan kita asingkan awal-awal wang untuk kegunaan kecemasan seperti ini. Alhamdulillah setiap kali dapat biasiswa saya akan simpan sedikit untuk kegunaan kecemasan. Jadi sama-sama berdoa semoga kita cepat dapat biasiswa JPA kita. INSYAALLAH.
p/s: kalau tersalah harap maaf. sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi sahaja. harap maklum dan bersabar. tolong tag kawan2 lain ye...
1 comments:
"hujung tahun JPA perlu mengemaskini akaun mereka dan ada juga beberapa pegawai mereka yang bercuti sempena cuti sekolah" agak lawaklah JPA ni...
http://www.nst.com.my/nst/articles/330topperformersreceive1MDBaid/Article/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-to-offer-rm16m-in-study-grants/
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch