Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.
Exam longcase Paeds ku tak berjalan dengan begitu baik. Walaupun dapat case simple (nephrotic), namun sebab dah tertau Dx, aku jadi bias dan terlupa nak rule out other causes of neck swelling which the patient presented with. Neck swelling tu sebab relapse of nephrotic, the fluid accumulated below his mandible, which is an unusual site for 3rd space loss. Actually, 1st impression when I saw the patient, dalam hati “Eh lymphoma ke ni”. Tapi once dah tau Dx, terus terlupa langsung pasal all my differentials including lymphoma & thyroid swelling. Dengan kehendak Allah, Dia telah membuatku lupa, so dalam HOPI tak rule out lymphoma & thyroid symptoms langsung.
Hari ini barulah aku mengerti apa bahayanya dah tau Dx patient. Apa akibat yang boleh terjadi kalau dah bias dengan Dx patient. Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”
“PE dan Ix tak payah present. Prof dah tau, you dah skewed to the Dx. Dah, go for your short case. Because we have nothing to discuss here”
Tak pernah exam longcase, aku hanya present setakat history. Aku bangun dan pergi meninggalkan prof dengan terpinga-pinga, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…
Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang kita dah ingat nak tanya, tapi tengah-tengah clerk kita terpesong lalu terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.
Sampai malam ini, masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”
Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…
“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”
Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke…….
Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…
Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….
Tapi ketika itu, kita tahu… tidak akan ada lagi peluang kedua… ketika itu, penyesalan yang kita rasai, pastinya tak tergambar oleh akal fikiran ini… Na’uzhubillah…
Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail end-posting pun, ada peluang untuk perbaiki pro nanti. Kalau fail pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.
Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?
5 comments:
menitis air mate membace entry nih.. ha'ah, kdg2 kite terleka dgn dunia, smpai tak ingat amalan2 yang akan menjamin kite di akhirat kelak. smoga Allah selalu membimbing kite.. Aminn..
btw, Hana, tabahkan hatimu..beratnye ujian untuk Hana..kalo kite da ngis da kat situ kot..
thanx Hana Insyirah..
like!
don't worry, tadi dah tny kak najihah..alhamdulillah..semua lulus....doa byk2...- jepa
thanks for sharing!
thanx hana for sharing..kadang2 kite terleka dgn dunia...but then again, certain things that happen in life like this one for instance that always be a reminder for us....
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch