~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.b.t. kepada sahabat2 seperjuangan dunia akhirat yang dihormati dan disayangi....
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.[4] Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -[5] Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,[6] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).[7] Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -[8] Serta ia mendustakan perkara yang baik,[9] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;[10] Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?[11] Surah Al-Lail ayat 4-11
"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam dirimu. Kawallah nafsu mu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia, bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t?
entry from internet..
saje nak share tazkirah pendek ini dengan sahabat2 dunia akhirat..dah lame tak dengar tazkirah...kotor dah hati ni rasenye..teringat kpd diri sendiri yang selalu lupa pasal kematian..tak muhasabah diri hari2...kdg2 time takde mood nak blaja ....malas2..tertido2...terlebih lagha...takpun kalau semangat sangat..asyik nak study je sampai lewat2 kan solat... kita sering melakukan dosa2 dengan nikmat badan dan akal yang Allah beri..melakukan dosa..melakukan maksiat..dengan hati,lisan,perbuatan kita...padahal Allah akan tanya balik apa yang kita buat setiap saat berdetik dibumi Allah ini... adakah semakin mendekati atau menjauhiNya..
mudah2han kita saling ingat mengingati..saling mendoakan...saling support...sama2 aim pass exam dengan berjaya dan dapat masuk syurga sama2..tergolong dalam golongan hamba2Nya yg mahu mendapat petunjukNya..insyaAllah..
mudah2han kita semua menjadi muslim dr yang berjaya dunia akhirat dan hambaNya lebih baik....moga Allah yang Maha Bijaksana, Maha Penyayang merahmati jihad kita dalam menuntut ilmu..amiin..
~~~ yang baik dpd Allah, yang buruk dpd kekurangn diriku sendiri...jazakillah dan maaf atas kekurangan2..mengalu2kan sebarang teguran...wallahua'lam..wassalam..
2 comments:
Insya-Allah =) Wani, thank you sgt. It is high time for such reminder. mmg selalu lupa akan tinggal dalam kubur nanti.
Wani, jazakillah atas peringatan ni, di saat sibuk berjuang utk exam dunia, sering terlupa setiap hari kita berdepan dengan Examiner Yang Maha Besar, terlupa kita bakal menempuh exam lebih besar di akhirat kelak, exam paling FINAL yang mana takde orang dapat tolong, exam paling FINAL yang bukan setakat memutuskan kita pass atau fail, tapi yang menentukan tempat akhir kita antara dua... syurga atau neraka...
Post a Comment
BloggersNetwork@10thbatch